AWAK, PERNAH TAK?

Saya:

Awak, hari ni, saya tertekan lagi... Satu hari ni je, banyak betul masalah... Ada-ada je perkara yang buat saya tension...

Aisyah:

Awak...

Pernah tak kita merungut bila takde duit?

Mesti pernah kan?

Sedangkan bila duit ada,

Kita shopping sakan tanpa ingat masa depan...

Pernah tak kita merungut bila kena makan Maggie hujung bulan?

Sedangkan awal bulan kita makan kat tempat mahal-mahal...

Pernah tak kita merungut bila kita selalu tak dapat apa yang kita nak?

Pernah tak kita merungut bila orang lain selalu tak dapat nak faham diri kita?

Mesti pernah kan?

Saya pun pernah...

Dalam hidup ni,

Mungkin banyak yang kita tak puas hati...

Mungkin kita pernah persoalkan kenapa orang tu tak boleh jadi macam apa yang kita nak...

Kita merungut dan merungut..

Sedangkan itu mungkin dugaan Allah S.W.T untuk kita...

Dia nak uji,

Sampai tahap mana kita boleh sabar...

Kadang-kadang,

Bila kita persoalkan kenapa dan kenapa...

Mungkin apa yang kita buat yangg pada asalnya ikhlas,

Dah jadi tak ikhlas...

Ini hanya sekadar ingatan untuk diri sendiri dan sesama kita...

(Mei 2011)


Buat Aisyah,

Saya memang selalu merungut... Merungut tentang itu, merungut tentang ni... Hampir setiap benda buat saya merungut... Tetapi, Alhamdulillah, apa yang yang pasti, saya tak pernah merungut saya pernah kenal awak... Alhamdulillah, setiap kali saya susah hati, Allah kurniakan awak untuk tenangkan hati saya... Subhanallah, tak ramai yang dikurniakan teman seumpama awak. Tapi, Allah kurniakan awak kepada saya...

Sejujurnya, kata-kata awak tu betul-betul menyentuh dasar hati saya... Buatkan saya menitis air mata terharu... Terima kasih banyak awak...

(Ya Allah, kau berkatilah hidup ku dan jua dia yang mengingatkan ku pada-Mu di saat hati ini kian jauh dari-Mu. Kau berkati jua keluarganya yang telah mendidiknya, kerna sesungguhnya tidak mungkin terlahirnya bayang yang lurus jika tidak dari batang yang lurus...)

ALLAH MAHA PENGAMPUN...

Seorang lelaki (S) keluar bersama kawannya, H, berjalan di tepi laut. Sambil berjalan-jalan mengambil angin, S menceritakan dan banyak mengeluh tentang dosa-dosanya di masa lampau... “H, dosa saya terlalu banyak... Saya berdosa dari hujung rambut hingga hujung kaki... Mesti Allah tak terima taubat saya...”.

Selesai S menceritakan dosa-dosanya, H berkata, “S, kalau saya minta awak buat beberapa perkara, awak sanggup?”. “Semestinya, saya percaya awak tak akan menyuruh saya berbuat sesuatu yang menganiaya saya...”. “Baiklah S... Awak nampak lopak air berlumpur tu?”. “Nampak...”. “Kalau saya minta awak berguling dalam lumpur tu sehingga kotor seluruh badan awak, awak sanggup?”. “Tapi, kenapa?” S bertanya penuh kehairanan. H menjawab, “Insya-Allah, nanti saya terangkan...”. Penuh keyakinan S berkata, “Kalau begitu, saya sanggup...”. Lalu S berjalan ke arah lumpur tersebut dan berguling sehingga kotor seluruh badannya termasuk juga rambutnya.

“Sekarang, saya minta awak terjun ke dalam laut tu dan cuci seluruh badan awak...” H menyambung setelah S selesai berguling dalam lumpur. S menurut. Setelah S selesai mencuci badannya dalam laut, H bertanya, “Bagus S... Terima kasih sebab sanggup buat apa yang saya minta... Awak rasa, laut ni akan tercemar tak dengan semua lumpur yang lekat kat badan awak tadi?”. S menjawab, “Semestinya tak... Luas kut laut ni... Takkanlah boleh kotor sebab lumpur tadi...”. H terus bertanya, “Awak rasa, banyak mana terkurang air laut ni setelah awak mandi? Cuba tengok awak, basah kuyup... Boleh tahan banyak air yang ada kat badan awak ni...”. S menjawab, “Alaa... Banyak mana sangat la air yang ada kat badan saya ni berbanding air yang kat laut tu... Tak luak pun air laut tu hanya sebab saya mandi...”. H tersenyum, “Saya yakin, walau beratus mahupun beribu orang yang buat macam apa yang awak buat tadi, Insya-Allah, laut ni kekal sama...” S mengangguk.

Penuh tenang, H menerangkan, “Jadi S, macam perumpamaan Maha Pengampunnya Allah SWT... Takkan tercuit sikit pun Maha Pengampun Allah, tak kira betapa kotor dan berdosanya hamba-hambanya... Takkan tergugat sikit pun... Bahkan takkan terkurang sikit pun... Maha Pengampun Allah itu, bahkan lebih lagi berbanding luasnya laut ni... Selagi mana hamba-hambanya sanggup memohon keampunan Allah, selagi itulah Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya itu... Insya-Allah...” H menyambung, “Oleh itu, S, pohonlah keampunan Allah tak kira betapa besar dan banyak dosa-dosa awak... Bertaubatlah kerana Allah itu Maha Pengampun. Sebahagian besar dari 99 nama-nama Allah itu, berkitar sekitar Maha Pengampun-Nya... Insya-Allah, sebenar-benar taubat kan mendapat keampunan-Nya...”

(Ilham kuliah Yasir Qadhi)

DULU, KINI, UNTUK ABI DAN UMI…

Dulu,

Nak sangat jadi macam Abi dan Umi…

Sampaikan bila Abi atau Umi sakit,

Nak sakit sama dengan Abi dan Umi…

Barulah dikatakan anak Abi dan Umi…

Kini,

Sedar bahawa perlu terus sihat…

Tak boleh sakit-sakit…

Sebab nak jaga Abi dan Umi…

Baru betul anak Abi dan Umi…

Dulu,

Suka tengok matahari...

Sebab nak pakai cermin mata, macam Abi dan Umi...

Barulah dikatakan anak Abi dan Umi…

Kini,

Memang jaga elok-elok mata...

Tak nak bagi pandangan bertambah kabur...

Sebab nak terus tengok rupa Abi dan Umi...

Baru betul anak Abi dan Umi…

Dulu,

Tak nak pergi sekolah asrama...

Sebab nak selalu dekat dengan Abi dan Umi...

Barulah dikatakan anak Abi dan Umi…

Kini,

Tak kisah pergi belajar sampai luar negara...

Senang nak jaga Abi dan Umi bila kerja nanti...

Baru betul anak Abi dan Umi…

Dulu,

Selalu kata tak nak jatuh cinta...

Dan sealu kata nak kahwin lambat...

Sebab nak jaga Abi dan Umi...

Barulah dikatakan anak Abi dan Umi…

Kini,

Rasa dah jatuh cinta...

Rasanya, macam nak kahwin cepat-cepat...

Supaya ada orang boleh tolong jaga Abi dan Umi...

Baru betul anak Abi dan Umi…

PANJANG JODOH



                Bercakap tentang jodoh… Persoalan utama, sudah adakah pilhan hati? Tergantung... Cinta terpulang pada setiap individu untuk didefinisikan... Asalkan betul-betul yakin dia pilihan hati untuk dijodohi, Insya-Allah, dialah permata hati...


                Bila sudah jatuh cinta, tatkala yakin dialah jodohnya, pastinya mengharapkan jodoh berkekalan... Dari mulanya suka, lalu jatuh cinta, pastinya mengharapkan jodoh ke jinjang perkahwinan dan kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat...


                Soalnya, jodoh yang panjang itu, dari mana datangnya? Tidak tahu apa lagi yang bakal timbul di masa depan... Namun, setakat pemerhatian sehingga hari ini, ada 3 sumber panjangnya jodoh insan-insani...


                Pertama, dari Allah SWT... Siang malam insan-insan ini berdoa semoga Allah SWT memanjangkan jodohnya dengan permata hatinya... Usahanya dinasabkan kepada Allah... Tawakalnya kekal pada Allah... Insya-Allah, jika rezekinya, berpanjanganlah jodoh dan berbahagialah insan itu dengan pilihan hatinya di bawah rahmat Allah SWT...


                Ada juga yang panjang jodohnya bersumberkan selain Allah... Sanggup berhabis berjumpa bomoh,mengadap dukun... Rela meminta pertolongan dan berharap pada jin dan semangat semata-mata untuk memikat hati pilihan hatinya... Jin syaitan menjadi pujaan... Pukau dan sasau tak dikira... Asalkan si dia menjadi miliknya...


                Malah, ramai yang bertindak sendiri... Bersumberkan diri sendiri memanjangkan jodoh... Perhubungan bebas, seks sebelum kahwin menjadi bukti cinta di hati... Seolah meletakkan cop si dia sudah dimiliki... Bila disebut tentang kahwin, asyik ‘nanti-nanti’... Tergadai maruah, hilang harga diri... Sehingga akhirnya ada yang sanggup membunuh diri...


                Oleh itu, apa yang berlaku diambil perhati... Semat di hati, jadikan panduan diri... Apa yang baik, diambil sebagai pedoman diri... Apa yang bertentangan dengan ajaran Islam, Nauzubillah, harus dijauhi... Panjang jodoh kerana Ilahi, pada Allah kita meminta dan kembali... Nafsu yang mengelodak wajib diatasi...


                Cinta itu fitrah... Kurnian nikmat dari Allah... Jadi, salurkanlah rasa cinta mengikut syariat Allah, kekal di atas jalan Islam... Tidak pernah salah bercinta, selagi mana hati kekal pada Allah Taala... Tidak fana dengan si dia mahupun dunia, sentiasa tawakal pada Allah Taala... Bercintalah dan sentiasalah berdoa... Agar diri sendiri dan si dia kekal bahagia di bawah redha Allah Taala...

DALAM MENDEFINISIKAN CINTA, TERKADANG HATI LONGLAI TAK BERDAYA... BUKTINYA, PADA ALLAH TERUSKAN BERDOA... KERNA DI TANGAN ALLAH ADANYA BAHAGIA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal