ROMANTIKNYA...


Di sebuah taman rekreasi, kala senja...

Abang
(menjerit) Adik!!! Jom balik!!! Dah nak Maghrib!!!

Adik
(membalas jerit) Baik!!! (berlari ke arah Abang)

Dalam perjalanan pulang...

Adik
Abang, Abang, tengok tu... (menunjuk ke arah pasangan yang berpegangan) Belum kahwin lagi... Ish, ish, ish...

Abang
Eh, mana Adik tahu diorang belum kahwin lagi? Tak baik tuduh tuduh tau...

Adik
Adik tahu la, Abang... Dari tadi Adik duk usha je diorang dua tu... Perempuan tu siap lenggok atas bahu lelaki tu lagi tadi... Pastu, Adik dengar diorang cakap pasal kahwin... Logiknya, mana ada orang yang dah kahwin, cakap pasal kahwin lagi, kan?

Abang
(tersenyum) Boleh pulak dia jadi ‘spy’ petang-petang kat taman ni... Apa-apa pun, Abang bangga dengan cara Adik berfikir... Tapi kan...

Adik
Tapi apa, Abang?

Abang
Abang rasa, bukan pasangan yang belum kahwin je yang tak patut bermesra-mesraan di tempat awam macam ni... Rasanya, pasangan yang dah kahwin pun tak patut bermesraan kat tempat awam...

Adik
Erm??? Kenapa macam tu pulak?

Abang
Ye la... Cuba Adik bayangkan kalau ada seorang pak cik yang baru kematian isteri, datang ke taman macam ni untuk tenangkan perasaan, ternampak ada pasangan yang bermesra-mesraan... Tak ke ‘jealous’ pak cik tu?

Adik
Erk, macam tu pun boleh ek?

Abang
Apa pulak tak boleh nye... Takkan Adik ‘expect’ pak cik tu nak duduk terperap kat rumah je... Pak cik tu pun nak jugak keluar jalan-jalan, nak tenangkan fikiran, tak nak sedih-sedih lama-lama... Sekali pak cik tu keluar, ternampak pulak pasangan sedang bermesraan, siap pegang-pegang tangan, hayun-hayun lagi... Tak ke makin sayu pak cik tu melihatnya???

Adik
Ye tak ye juge...

Abang
Usah katakan pak cik yang baru kematian isteri, Abang yang tak beristeri lagi ni pun rasa tercabar tengok orang yang dah kahwin ‘mesra’ macam tu...

Adik
Aik, lain macam je ni... Yang tu sebenarnya maksud Abang kan? Pandai pulak dia buka cerita pak cik kematian isteri la, apa la... Ada-ada je...

Abang
Alaa... Kira 2 dalam satu la... Yang pak cik kematian isteri tu maksud Abang, yang Abang rasa tercabar, pun maksud Abang...

Adik
Apa-apa je la, Abang...

Abang
Haish, Adik ni... Insya-Allah Abang boleh sabar lagi la, walaupun selalu tengok fenomena tu semua... Alhamdulillah, iman tebal lagi....(tersengih) Tapi, kalau orang bujang lain, yang tak tebal sangat imannya, tengok semua tu? Tak ke mendorong ke arah maksiat? (mengangkat kening)

Adik
Ha’a... Benar juga... Tapi, tak romantik la kalau suami tak boleh pegang tangan isteri dan isteri tak boleh pegang tangan suami...

Abang
Eh, Abang tak kata yang suami isteri tak boleh berpegangan tangan... Boleh je... Bukan setakat berpegangan tangan, lebih mesra daripada tu, pun boleh sangat-sangat... Tapi, kat dalam rumah la... Buat apa nak tunjuk kepada orang lain kat tempat terbuka... Rasanya, lagi syok kalau bermesraan kat dalam rumah masing-masing...(mengangkat kening berkali-kali)

Adik
Aik, tau-tau je dia... Habis tu, suami isteri tak boleh pergi ‘honeymoon’ la?

Abang
Haa... Kalau pergi ‘honeymoon’ tu, boleh la kut... Sebab orang yang pergi tempat ‘honeymoon’ tu, semua nak bermesra-mesraan... Tak tau la kalau ada pak cik-pak cik yang kematian isteri pergi tempat macam tu, kut-kut untuk mengimbau kenangan lalu yang indah... Kalau pak cik-pak cik tu ada, terpaksalah mempertimbangkan kembali niat untuk bermesra-mesraan...
Apa-apa pun, tak seronok kut suami isteri bermesraan di tempat terbuka... Ramai orang tengok... Lagi seronok bermesraan di tempat tertutup... Jalan-jalan tepi pantai, rasa-rasa ombak dan angin, boleh la... Tapi, romantiknya kat bilik juga...

Adik
Aaa... Tengah bayangkan apa tu???

Abang
Ish, dah-dah... Sibuk je dia... Ni hal ehwal orang dewasa... Budak-budak, kena belajar banyak lagi... Dah, tak payah Adik nak tanya lagi... Silap-silap Adik terbayangkan benda bukan-bukan pulak nanti... Maksiat, maksiat... Zina hati dan zina fikiran tu...

Adik
Ye la Abang oii... Abang tu, kahwin la cepat-cepat... Taman dalam hati tu, jangan sampai bersemak samun...

Abang
Apa-apa je la, Adik... Taman dalam hati Abang ni, selalu dibajai dengan doa... Insya-Allah, takkan bersemak-samun... Siap ada rama-rama lagi tau...
Dah, jom lumba lari sampai rumah... Dah nak Maghrib ni...

DOAMU WAHAI ANAK...


X
Assalamualaikum...

H
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...

X
Saudara H?

H
Ya, saya...

X
Okey, saya ‘straight to the point’ je ye... Macam ni... Saya ada terbaca satu artikel saudara yang bertajuk ‘Jadilah Bayang Yang Lurus’... Jadi, saya ada satu persoalan kepada saudara...

H
Oh, artikel tu... Alhamdulillah, saya masih ingat... Silakan saudara bertanya, jika ada sebarang kemusykilan... Atau, mungkin saudara ada pendapat yang boleh mendorong saya ke arah penambahbaikan...

X
Begini, saudara... Saya faham saranan saudara dalam penulisan tu, bahawa seorang anak patut tampil terbaik agar dapat mencerminkan imej keluarga yang baik... Tapi, saya lahir dalam sebuah keluarga yang porak-peranda... Saya tidak pernah bahagia, sejak kecil, hingga sekarang... Apakah saya patut tampil sebagai seorang anak yang baik, sedangkan hakikatnya latar belakang keluarga saya sangat teruk?

H
Izinkan saya untuk mengatakan bahawa wajib bagi saudara untuk tampil sesempurna mungkin, walaupun lahirnya saudara dalam sebuah keluarga yang dikatakan tidak sempurna...

X
Tapi... (mengeluh) Saudara tak faham keadaaan saya... Latar belakang keluarga kita jauh berbeza...

H
Maksud saudara, saudara ingin mengatakan saya lahir dalam sebuah keluarga yang sempurna, sedangkan saudara lahir dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan? Itu maksud saudara?

X
Maafkan saya... Tapi, begitulah agaknya...

H
Saudara, apa yang bakal saya katakan ni, bukan bermaksud untuk memburuk-burukkan keluarga saya... Tapi, apakah saudara yakin insan bernama Ahmad Zakry Haikal ni lahir dalam sebuah keluarga yang seba lengkap dan sesempurna ada? Katakan sejujurnya... Insya-Allah, saya tidak akan terasa hati...

X
Erm... Sejujurnya, saya tak percaya adanya keluarga yang sebegitu sempurna... Tapi, dari penulisan saudara dan apa yang saudara tampilkan, seakannya saudara lahir dalam sebuah keluarga yang begitu membahagiakan... Seakan tiada cacat celanya...

H
Baiklah, ada betulnya rasa saudara tu... Saya tak katakan saya lahir dalam sebuah keluarga yang sempurna, tanpa cacat cela... Cuma satu yang ingin saya kongsikan, iaitu kebahagiaan adalah hak milik setiap insan dan menjadi pilihan kepada semua insan... Jika diteliti dari kaca mata masyarakat, keluarga saya ada juga kekurangannya dalam beberapa aspek... Tapi, saya memilih untuk membahagiakan diri saya dengan anugerah keluarga kurniaan Allah ni... Ya, memang niat saya untuk berkongsi setiap kebahagiaan saya sebagai ahli keluarga ini... Lalu, saya nukilkan kebahagiaan-kebahagiaan saya...

X
Maafkan saya... Tapi, mengapa saudara tidak kongsikan sekali kekurangan dalam keluarga saudara? Bukankah itu lebih realistik, berkongsi suka duka dalam keluarga saudara?

H
(tersenyum) Saudara X... Pernahkah saudara terdengar atau terbaca, bahawa hal ehwal rumahtangga janganlah dihebahkan?

X
Ya, maksudnya isteri tidak boleh menceritakan kekurangan suaminya atau kekurangan dalam rumah tangganya... Begitu juga suami, tidak boleh menceritakan kekurangan isteri, dan kekhilafan dalam rumah tangga...

H
Ya, betul tu... Tapi, praktikalitinya untuk suami isteri je ke?

X
Erm... Maksud saudara?

H
Saudara X, sebenarnya tanggungjawab tu terletak pada setiap insan... Termaktub menjadi tanggungjawab suami, isteri, ayah, ibu dan juga anak-anak... Apa jua kekurangan yang berlaku dalam lingkungan keluarga, biarlah ia kekal dalam lingkungan keluarga itu... Apa jua kekurangan yang perlu diselesaikan, biarlah ia menjadi ahli keluarga itu... Kecuali atas sebab-sebab darurat, seperti untuk memohon pandangan dan pertolongan pihak ketiga...

X
Oh, begitu... Tapi, apa yang saudara ingin katakan sebenarnya?

H
Apa yang saya ingin katakan adalah kita tidak seharusnya mendedahkan kekurangan keluarga kita... Bahkan, tidak layak untuk kita dedahkan kekurangan sesiapa pun... Saya kongsikan perkara-perkara yang baik melalui penulisan saya, dengan niat untuk berkongsi kebahagiaan saya, dengan harapan insan-insan yang membaca turut merasa tempias kebahagiaan itu, yang sebenarnya hadir di sekeliling setiap insan... Soal kekurangan yang ada, untuk kita perbaiki, atau mungkin dapat kita ‘adapt’ sehingga kekurangan itu mampu hadir sebagai kebahagiaan kepada kita... Kan kita bertanggungjawab atas kebahagiaan diri kita... Jadi, kita juga yang mampu hadirkan sebuah kebahagiaan kepada diri kita, walaupun hakikatnya ia adalah sebuah kekurangan... Kan Allah ada bersabda, boleh jadi apa yang kita anggap kekurangan bagi itu adalah yang baik buat kita, dan apa yang kita anggap baik itu sebenarnya suatu kekurangan... Tapi, siapa kita untuk tentukan apa yang baik dan apa pula kekurangan itu? Jadi, syukurilah apa yang baik dan hargailah kekurangan yang ada...

X
Baiklah, saya mengerti... Tapi, apa yang perlu saya lakukan?

H
Baguslah kalau saudara mengerti... Apa yang perlu saudara lakukan? Tampillah sebagai anak yang baik, yang bahagia dengan keluarganya...

X
Erm???

H
Pernah dengar ungkapan ‘kata-kata adalah doa’?

X
Pernah...

H
Pernah dengar ungkapan ‘action speaks louder than words’?

X
Pernah...

H
Bagus, saudara memang seorang yang terang hati dan berotak cerdas... Sekarang, apa yang perlu saudara lakukan adalah tonjolkan diri saudara sebagai seorang anak yang baik, seorang anak yang berbahagia dengan keluarga... Biarpun ada kekurangan dalam keluarga saudara, biarlah ia menjadi rahsia dalam diri saudara... Tak perlulah ditonjolkan keburukan tu... Apa jua impian saudara terhadap keluarga saudara, tonjolkan pada peribadi saudara... Contohnya, saudara impikan keluarga saudara sebagai keluarga yang bahagia, jadi tonjolkan diri saudara sebagai seorang yang bahagia... Jika saudara impikan keluarga saudara bersopan santun, santunkanlah perkataan dan perilaku saudara... Kerna perbuatan saudara itu adalah doa terhadap keluarga saudara...

X
Boleh ke macam tu?

H
Saudara, Tuhan itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa... Insya-Allah, Allah tahu niat saudara dan dia lebih dari mampu untuk mengubah realiti yang sedia ada dalam keluarga saudara... Apa yang penting, saudara harus yakin... Seperkara lagi, lebih baik mempraktikkan impian kita, daripada bercakap tentang impian itu... Kerna impian itu mungkin akan menjadi sekadar angan-angan atas angin, kerna kita asyik bercakap daripada berbuat...

X
Menarik apa yang saudara sarankan... Dan seakan begitu senang caranya... Erm... Ada bukti atau contoh yang telah berhasil dengan teori saudara ni?

H
Saudara X, maafkan saya... Saya tidak mampu tampil dengan testimoni akan apa yang telah saya terangkan ni... Cuma seperkara yang saya ingin tekankan, saya bukan cuba menghasilkan sebuah teori... Akan tetapi, saya cuba mengusulkan satu praktikaliti... Mungkin apa yang saya canangkan susah untuk diterima akal... Tetapi, percayalah bahawa telah ada yang berjaya... Erm... Mungkin saudara dapat tolong mempromosikan atau menulis testimoni tentang praktikaliti saya ni, setelah saudara telah berjaya bahagia dengan keluarga saudara...(senyum)

X
Apa-apa pun, terima kasih saudara...

H
Sama-sama... Saya gembira jika dapat membantu sesiapapun... Saya inginkan semua insan hidup bahagia, barulah kita mampu hidup aman bersama... Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk memiliki ilham di saat memerlukan... Persoalan saudara ni, bukanlah isu baru, bukan hanya saudara menghadapinya... Ramai yang lahir dalam keluarga yang dianggap tidak bahagia... Mereka cuba untuk mengubah nasib keluarga mereka, tapi buntu dalam perjalanan...

X
Baiklah... Insya-Allah, saya cuba mempraktikkan apa yang saudara sarankan ni...

H
Alhamdulillah, saudara sudi mempertimbangkan kata-kata saya... Tapi, saudara harus ingat... Apa yang saya sarankan sebenarnya bermaksud kita harus berbahagia dengan keluarga kita, sebelum kita merasakan bahagia... Saya tidak bermaksud menyarankan seorang anak tampil sebagai anak orang kaya, sedangkan keluarganya miskin... Saya juga tidak bermaksud yang seumpama dengannya...
Maksud saya adalah, jika kita berhasrat keluarga kita berubah ke arah kebaikan, kita harus tampil dengan kebaikan itu sebagai permulaan... Perubahan yang baik dan Insya-Allah diberkati tidak seharusnya menyebabkan ada insan yang kesusahan...

X
Insya-Allah, saya faham saudara...

H
Alhamdulillah... Semoga apa jua usaha saudara terpimpin dan diberkati...

X
Amin... Sampai ketemu lagi... Assalamualaikum...

H
Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh...

Nota:
Semua anak yang berimpian menjadi anak yang soleh/solehah... Tapi, ramai yang tidak tahu bagaimana... Apa kata kita mulakan dengan menjadi  'Bayang yang paling lurus'???

Kebahagiaan adalah hak milik setiap insan...
Jadi, setiap insan berhak memilih untuk merasa bahagia atau sebaliknya...

Malam mampu membahagiakan sekalipun gelap kelam...
Siang mampu membahagiakan sekalipun menyilau terang...
JADI, BERBAHAGIALAH DI SIANG JUA MALAM MU...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Awak ada sesuatu untuk diperkatakan? Atau sesuatu untuk dibincangkan?
Jom kita berdiskusi melalui e-mail...

along.azihani@gmail.com

Insya-Allah, semoga kita dapat berbincang dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..."

Ahmad Zakry Haikal